"Idea Business untuk Suri Rumah" itu tajuk carian internet aku hari ini. Hasil daripada pencarian tersebut, aku perolehi beberapa idea antaranya:
1. Menjahit tudung dan pakaian
Bunyi macam senang tapi perlu ada mesin jahit yang bagi aku bermaksud perlu ada ratus-ratus juga la untuk membeli mesih jahit tu. Secara pukul rata, dengan pasaran sekarang (2025) untuk mulakan perkhidmatan menjahit tudung dan pakaian ni, perlu ada modal hampir RM3,000 jugak la sebab untuk menjahit tudung dan pakaian, tukang jahit perlu ada mesin jahit luruh dan juga mesin jahit tepi juga. Selain itu, anda juga perlu ada kemahiran menjahit itu sendiri. Kemahiran melukis polis, ukur badan, gunting kain disamping kesabaran tetas semula jahitan yang salah (itu yang aku tak ada huhuhu. Aku paling malas nak buat kerja remeh-temeh tu).
2. Berniaga makanan
Idea berniaga makanan yang dicadangkan adalah dari sekecil-kecil dadih, kek, roti, pekasam, sambal, buah potong, goreng pisang, makanan delivery hinggalah kepada catering. Perniagaan boleh dimulakan secara kecil-kecilan dari rumah dengan melihat jiran tetangga sebagai prospek pelanggan kita. Mungkin ada yang hendak membuat majlis sambutan hari jadi ataupun doa selamat dimana mereka mungkin memerlukan menu tambahan untuk memperlbagaikan hidangan di majlis mereka. Tapi perkara utama yang perlu diambilkira adalah anda perlu ada kemahiran memasak, tahu 'merasa' makanan dan lebih penting, 'rajin' memasak.
3. Menjual produk
Suri rumah boleh juga menjual produk fizikal seperti kraftangan, kerongsang, barang permainan kanak-kanak ataupun barang 'second hand'. Selain itu, turut boleh menjual produk digital seperti ebook, design poster/baju, kad jemputan, poster dan lain-lain lagi. Jualan produk ini boleh dilakukan secara jualan langsung ataupun secara dropship dan boleh juga dibuat menerusi program affiliate yang ditawarkan secara atas talian oleh beberapa platform terkini seperti Shopee, Tiktok ataupun Lazada.
Selepas mendapat hasil carian ini, aku sedar sesuatu, yang paling penting adalah usaha. Nak cari duit tambahan, kita tak boleh malas. Kalau betul dengan niat iaitu ingin menambah pendapatan keluarga dan mengurangkan beban komitmen keluarga, kita perlu ada usaha untuk belajar benda yang kita tak tahu nak buat. Nak menceburi bidang kerja yang baru, kita tak boleh main redah je. Kena ada ilmu. Kena belajar dari pengalaman orang lain juga. Belajar dari kesilapan mereka dan mengambil kira cadangan penambahbaikan daripada mereka. Yang penting, kita perlu berani memulakan langkah pertama untuk mula 'berusaha'.