27 Ogos 2012

Jom Buat Kotak Origami

Beberapa hari lepas, kepala dok pening nak mencari hadiah hari jadi untuk adik. Last-last ku beli je brooch. Maklumlah adik pompuan. Brooch tu dah wajib ada kalau pakai tudung kannn. Tapi masalahnya ku beli dari kedai tu memang tak disediakan beserta dengan kotak. So nak tak nak ku kena pulak cari kotak untuk letak brooch tu. Tapi bila masuk kedai untuk beli kotak, ku rasa macam tak berbaloi je nak beli kotak kecik yang harga beringgit-ringgit tu semata-mata untuk letak benda kecik tu. Lagipun bila dah sampai ke tangan empunya nanti dibuang juga kotak tu so fikir punya fikir, last-last ku buat keputusan untuk buat sendiri kotak brooch tu. Apa lagi, ku ambil 2 keping kertas warna bersaiz A4 then ku print ucapan di atas kertas tu. Nampak macam corak sikit. Then ku lipat-lipat, jadilah kotak origami. Kira OK la tu. Kalau rasa-rasa macam nak belajar macam mana nak lipat origami ni, ku boleh tunjukkan caranya tapi guna kertas lain lah, buat contoh je.

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...