15 Januari 2024

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing!

Kenapa?

Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan fikir instrument apa yang sedang dimainkan, muzik itu jatuh dalam kategori genre apa dan kesesuaian susunan melodinya. Itu belum cerita hal nyanyian kamu lagi! pendek kata kalau saya bekerja dalam industri muzik pasti dah lama jadi Juri AF (Akademi Fantasia).

Dalam banyak-banyak genre muzik, yang paling saya minat adalah genre rock. Slow rock, rock alternatif dan balada rock. Dengan kata lain saya memang tak boleh kosentret kalau dengar bunyi gitar karen hahahaha.

So, untuk pelajar yang suka sangat menyanyi dalam kelas tu, sila stop. Jangan melalak dalam kelas saya. Kalau nak nyanyi sangat, sila follow akaun saya seperti dalam photo tu. Gi terjah duet saya. Join kalau berani. Berani ke?

Apa-apa pun, kena ingat, kelas adalah tempat untuk menimba ilmu. Jangan campur dengan benda-benda lain. Mohon bagi saya kosentret dengan kerja saya. Saya nak mengajar ekonomi. Banyak silibus nak kena ajar ni. So, be professional okay.



Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...