23 April 2013

22 April 2013

PANTUN PERPISAHAN ; SAHABAT

     Minggu ni ada program majlis perpisahan. Seramai 5 orang studentku menganjurkan 'Malam Mengukir Kenangan 2013' bagi me'rai'kan pelajar-pelajar semester akhir yang bakal keluar dari kolej pada semester hadapan. So, adalah beberapa persembahan yang telah dirancang. Bab rancang tu, tak kesah lah. Tapi diorang nak buat persembahan berpantun dan akulah jugakkkkkk yang nak kena me'ngarang' pantun diorang tu. Sebab nak tolong punya pasal, so ku kerah jugak kepala otak ni tuk buat pantun empat kerat.
     Persembahan lakonan berpantun ni alaaaaaa.... macam filem lama-lama tuu... ganti dialog.. so macam berbalas pantun la jugak... cuma bukan dalam bentuk pertandingan je. Gantikan pantun sebagai dialog yang diucapkan oleh 2 orang sahabat yang akan berpisah. Dalam masa beberapa minit tu (budak-budak ni suka betul buat kerja last minute!) 6 rangkap ni je yang sempat terpikir kat otak aku...

Sahabat A :
     Sangkut tempayan di tiang jati,
     Airnya ditimba dari perigi,
     Sedih sungguh rasa dihati,
     Mendengar khabar orang kan pergi.

Sahabat B:
     Kenapa tuan bersarung putih,
     Sarung berwarna cantik coraknya,
     Kenapa tuan harus merintih,
     Hamba pergi ada baiknya.

Sahabat A:
     Sukat secupak si padi hama,
     Andai ditanak, disantap jua,
    Suka bersama, duka pun bersama,
     Andai ditinggal, bagaimanalah hamba.

Sahabat B:
     Jangan diragut mawar berduri,
     Luka ditangan, menusuk ke hati,
     Orang ditinggal bukan sendiri,
     Hilang hamba, ramai mengganti.

Sahabat A:
     Jika mengail ikan cencaru,
     Bawalah pukat untuk menjala,
     Jika berjumpa sahabat baru,
     Sahabat lama mungkin dilupa.

Sahabat B:
     Bunga selasih tumbuh melata,
     Dikutip perawan ke dalam raga,
     Walau jauh, hilang dimata,
     Sahabat lama , dikenang juga.


Ditambah pula dengan audio instrumental gurindam jiwa... waduhhhh... macam filem lama gituh!

Mmm... ini copyright beta yang punya.. so kalau korang ada mengidam nak guna pantun ni sila minta izin beta dulu ya! jangan 'copy-paste' sesuka hati. Alhamdulillah! habis satu kerja......

16 April 2013

16 April 2013

QR UNTUK KES KECEMASAN

Hari sabtu yang lepas, setelah ber'shopping' sakan dalam sebuah pasaraya di bandar Kuantan, aku telah terserempak dengan seorang kawan lama. Bila dah lama berjumpa tu... apa lagi, macam-macam ceritalah yang timbul. Ada sesi berita sensasi, ada juga sesi umpatan... biasalah pompuan. Then tetiba je, kitaorang terdengar satu pengumuman.... Hum! Hilang anak lagi. kawan aku merungut sendirian then dia senyum kat aku. Spontan je aku jawab.. Tu bukan hilang anak, tu hilang mak. Makin lebar senyuman kawan aku tu. Then dia bongkar cerita yang dia pun pernah TERhilang anak dalam sebuah pasaraya. Oooo... rupanya dia pun pernah di'announce' coz kehilangan anak. Tapi dia menafikan dakwaanku itu. Katanya dia tak kena announce tapi pekerja pasaraya tu telefon dia bagitau yang anaknya ada di pejabat pasaraya tu. Macam mana pekerja pasaraya tu dapat no. telefon dia? Dia bagitau yang dia telah pakaikan rantai tangan yang mempunyai loket kod QR yang kecik. Bila dia jumpa dengan pekerja pasaraya tu, pekerja tu bagitau yang dia tergerak hati untuk scan kod QR kat rantai tangan budak tu, so dapatlah no. telefon mak dia.
     Mmm... nasib baiklah anak dia tu, perempuan. Bolehla pakai rantai tangan... boleh pakai gelang tangan. Kalau anak lelaki pulak... macam mana ye?... Disebabkan aku takde anak lagi so aku tak nak serabutkan kepala dengan soalan macam tu. Yang penting hari tu aku dapat maklumat baru.. Kalau biasa kita nampak kod QR banyak dipaparkan dalam surat khabar, dalam majalah, tujuannya hanyalah untuk pengiklanan sahaja. Tapi rupanya peranan kod ini lebih luas. Ia juga berguna untuk kes-kes emergency. Macam yang dah dialami oleh kawan aku tu.
     Sebenarnya kegunaan kod QR ni ada bagus dia, ada juga yang tak bagus. Yang bagus dia adalah sebab paparannya adalah dalam bentuk corak dan bukannya dalam bentuk perkataan, lebih menarik gituh. Then banyak maklumat kita boleh letak dalam satu-satu kod itu. So lebih menjimatkan ruang gituh. Tapi yang tak bagusnya kalau letak terlalu banyak perkataan, corak kod itu akan jadi terlalu padat dan berserabut. That's why ramai yang letak alamat URL je, supaya kod itu nampak lebih ringkas. Tapi kalau letak alamat tu pun, kita kena pandai-pandailah pasang 'password' supaya orang lain tak boleh baca mesej 'secret' yang kita 'sembunyikan' dalam kod tu. So kebanyakan kod QR yang mengandungi mesej 'sensitif' akan dipamerkan password di belakang kod tersebut. Beerti hanya orang yang tertentu sahaja boleh melihat mesej tersebut.

   

Aku pun begitu juga. Aku bukanlah taksub sangat dengan kod QR ni, cuma aku rasakan aku perlu ada kod ni untuk tujuan kecemasan sahaja. Ye... laaa. Aku taknak lah mintak tapi bayangkan kalau terjadi kes-kes emergency ke, kemalangan ke, pengsan ke, lupa ingatan ke? macam manalah diorang nak bantu aku? So aku 'create' kod QR yang mengandungi alamat URL. Kalau orang scan kod tu, diorang secara automatik akan masuk ke laman blog yang mengandungi segala macam maklumat mengenai kesihatan aku, dan jugak orang yang perlu dihubungi 'time' emergency macam tu. Then provide password yang tertulis kat belakang kod tu. Ni dinamakan langkah berjaga-jaga. Tapi apa-apa pun, yang penting, diorang mesti ada QR scanner laaaaa....... kalau takkkk... letak segala mak nenek info dalam kod tu.... tak guna jugak kalau xleh baca... last-last nampak itam putih jeee.......

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...