Okeyla... kali ni aku nak ajar cara main seruling buluh (bamboo flute) yang Chinese punya... dorang panggil flute tu sebagai "Dizi". Mmmm.... sebenarnya payah jugak nak ngajar muzik kalau kena taip sebijik-sebijik macam nih. So terpaksa la aku buat video. First video kat bawah ni adalah untuk introduction jer.. macam mana nak prepare flute tu untuk main muzik.
Introduction - Persediaan Seruling Buluh (Dizi)
Belajar Lagu 'Gurindam Jiwa' Cara Paling Mudah
Okey.... then, kalau rasa macam xlarat sangat nak tonton video yang panjang tuh, copy jer gambar kat bawah ni, then gi la dok kat mana2, tepi pantai ke, tepi sawah padi ke, tepi kaki bukit ke (khihihih... mentang2 la tiup seruling) , takpun dok je dalam bilik korang ......praktis sampai jadi terer.
Nota Ringkas 'Gurindam Jiwa'
Anyway..... sebelum terlupa, nak mintak maaf banyak2 sebab quality video yang aku post kat atas tu kurang memuaskan. Maklumlaaa.... baru first time upload video dalam blog ni. So, harap korang semua boleh terimalah seadanya ya :)
Lastly, diucapkan selamat belajar muzik dan semoga cepat terer. Chau duluuuuuuu.... Bye..... Assalamu'alaikum.
Note:
Saya dengan rendah diri nak bagitau yang saya ni tak de la pandai sangat main seruling ni. Tiup pun sekadar hobi masa lapang sahaja. Post ini sekadar perkongsian apa yang saya gubah hasil try&error tiup seruling tu. Kalau tanya tentang kelas, memang saya tak buat kelas sebab dengan seciput ilmu yang saya ada ni masih belum layak untuk saya mengajar orang lain secara formal. Minta maaf banyak-banyak.