07 Julai 2011

Keychain dari Si Cilik

Salah satu permainan kanak-kanak adalah tanah liat. Apa yang unik tentang permainan ini adalah dia boleh jadi macam-macam. Nak permainan apa? nak kuda? ayam? gajah? ular? anak patung? semua boleh dibuat dengan tanah liat. Tetapi satu kelemahan tanah liat yang kebiasaannya digunakan oleh kanak-kanak adalah bentuknya tidak kekal. Dengan kata lain, tidak boleh dijadikan kenangan. Oleh sebab itu, saya nak beri satu cadangan kepada para ibubapa atau cikgu-cikgu taska. Apa kata beli tanah liat yang mahal sedikit (diproses kepada kertas) kepada kanak-kanak yang pastinya, tanah liat tu boleh dikeringkan dan menjadi keras. So bentuknya akan tahan lebih lama. So pasti kanak-kanak berasa gah dengan hasil seni mereka sendiri.
Projek Cilik pertama yang saya nak cadangkan disini adalah membauat 'keychain' sendiri. Barang yang anda perlukan adalah tanah liat, acuan kuih(berbagai bentuk dan corak), lidi dan besi keychain. Kos bahan tak sampai RM20, tetapi barang-barang ni boleh digunakan oleh 10 orang kanak-kanak. Kalau memang ada 10 orang kanak-kanak, tanah liat tu boleh dibahagikan kepada beberapa ketulan kecil. Tapi peringatan kepada ibubapa dan juga cikgu-cikgu tadika, pastikan baki/sisa tanah liat yang tak habis digunakan itu disimpan di dalam bekas yang kedap udara kerana jika disimpan dalam suhu bilik, lama-kelamaan ia akan menjadi kering dan akhirnya mengeras.
Sebelum meletakkan tanah liat di dalam acuan, pastikan tanah liat tersebut diuli sedikit supaya tidak terlalu kental. Jika tanah liat terasa sedikit kering, basahkan tangan dengan sedikit air paip dan uli tanah liat dengan tangan yang basah tersebut. Kemudian, isikan tanah liat tu kedalam acuan yang disediakan tadi. Jika anda kreatif, tanah liat tu juga boleh dibentukkan dengan menggunakan tangan, mengikut keinginan dan kesukaan sendiri.
Bila sudah tersedia di dalam acuan, anda boleh menjemur tanah liat bersama acuan tadi di bawah cahaya matahari sehingga kering. Jika anda membiarkan tanah liat tersebut di dalam acuan dan membiarkannya berada dalam suhu bilik. Mungkin tanah liat ini memerlukan masa dua hari untuk betul-betul menjadi kering.
Disini saya sertakan gambar-gambar cara untuk membuat key-chain daripada tanah liat. So bolehlah try dengan si cilik. Pasti mereka suka.


1) Isikan kertas liat ke dalam bekas acuan yang disukai.


2) Untuk buat key-chain, jangan lupa buat lubang kecil dengan penyedut minuman.


3) Biarkan kertas liat supaya menjadi kering dan mengeras.


4) Setelah betul-betul kering, keluarkan kertas liat dari bekas acuan dengan cara menekan bahagian belakang bekas acuan tersebut.


5) Warnakan kertas liat tersebut dengan menggunakan warna air (water colour). Sila pastikan warna betul-betul kering sebelum warnakan bahagian lain dengan warna lain supaya tidak kelihatan comot.


6) anda boleh menulis perkataan dengan menggunakan pen dakwat cair.




7) akhir sekali, bolehlah dimasukkan tali pengikat untuk membolehkan key-chain ini disangkut pada beg ataupun sebagai penghias telefon bimbit.

Dah SIAPPPPPPPPPPPPPPPPPP......

Peringat : Jangan rendam key-chain ini di dalam air. Jika tidak ia akan menjadi lembik semula.



Jika anda mempunyai kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah untuk buat kraftangan ini, saya boleh membantu anda. Anda cuma perlu klik bahagian 'Tempah Bahan' di bahagian atas blog ini. Selamat mencuba!

04 Julai 2011

Ukir Sabun

Internet sebenarnya memberi banyak manfaat kepada mereka yang pandai menggunakannya dengan berhemah. Aku merupakan salah seorang pengguna internet yang sentiasa tercari-cari pembelajaran baru kat laman-laman sesawang... alah... omputih sebut website. Kalau boleh aku nak jadi seorang insan yang mempunyai banyak kemahiran. Silap-silap dengar macam angan-angan mat Jenin je bunyinye tu... tapi sebenarnya untuk tujuan sebeginilah internet itu digunakan.
Salah satu kemahiran yang aku baru dapat... ukir sabun. Hakikatnya aku ni bukanlah orang seni pun. Masuk kelas ukiran pun tak pernah. Kelas masak-memasak, gubah-menggubah dan ukir-mengukir ni tak pernah jejak pun. Tapi aku dapat juga belajar mengukir dengan cara belajar sendiri melalui pemerhatian kat dalam internet. Secara tepatnya, aku belajar kat 'Youtube'.
Mula-mula aku buka video ukiran kayu (wood carving) tapi macam tak sejiwa ngan aku so aku beralih tengok ukiran buah. Cantik sungguh mat-mat saleh tu mengukir corak bunga kat atas buah tembikai. Pastu aku tonton pula video ukiran sabun. Diorang tu mengukir macam cincai-cincai pun boleh jadi cantik. Tak caye betul. Bila dah jemu tonton video apa lagi, buat praktikal le....
Hujung minggu lalu, dalam pada aku berjalan-jalan kat bandar Kuantan, aku singgah kat pasaraya Maydin. Sambil membeli barang-barang keperluan rumah, aku mengambil kesempatan membeli beberapa bungkus sabun mandi yang murah. Sengaja beli yang murah, kalau ukiran tak menjadi pun takdele rasa membazir sangat. So, sambil-sambil tengok tv, tanganku pun capai bungkusan sabun dan pisau pengukir. Aku nak cuba praktik apa yang telah aku belajar kat internet. Percubaan kali pertama, hasilnya....



Dah Jadi....Auchhh..... Chomelllnyeeee...... takdele susah sangat!... dan percubaan kali kedua.....



Haa..... tengok! Internet pun boleh bagi ilmu yang berguna kepada kita... Anda macam mana? Apa yang dah berjaya dipelajari menerusi internet? Jomla kongsi bersama... kita share ilmu yang bermanfaat... Okey... Out dulu, nak search ilmu dan kemahiran lain pulak. Byeeeee...

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...