08 September 2011

Ikatan Benang



Okey, kita belajar benda yang baru. Seni ikatan benang/tali ini dikenali sebagai Chinese Knitting. So tak yah fikir banyak, memang seni ikatan ini diperkenalkan oleh orang Cina tapi ia tidak beerti hanya kaum Cina sahaja yang boleh mempraktikkan seni ini.
Kita belajar benda yang senang je, budak-budak pun boleh buat. Tapi perlu diingatkan bahawa ikatan benang/tali ini tidak sesuai diajar kepada budak-budak tadika dan taska. Nanti mereka pening. Kalau nak ajar kepada pelajar sekolah rendah tu kira okeylah. Seni ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Cina. Namun begitu, kita aplikasi teknik ikatan benang ini sekadar menghargai barang/hasil seni yang cantik dan juga untuk menambah pengetahuan semata-mata.
Kali ni kita belajar macam mana nak buat pepatung dengan benang/tali. Bahan-bahannya adalah 2 biji manik yang mempunyai lubang besar dan juga seutas benang nilon berukuran 1 meter. Secara asasnya teknik ikatan yang digunakan untuk buat pepatung ini hanya 1 teknik je iaitu teknik ikatan barisan Salamon (Salamon Bar).
Macam mana nak buat? Untuk belajar macam mana cara ikatan tersebut, anda boleh klik je link 'Tonton Video Pepatung Dari Tali' yang disediakan di bawah ni.
Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!!!......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...