27 Disember 2012

Buat rantai tangan/gelang manik sendiri

Waaahhh.... dah lama tak update kraftangan..

Kali ni nak buat gelang tangan pulak. Tetiba je tergerak hati untuk share cara nak buat rantai tangan. Mudah je, kos pun tak besar. Kalau ada bajet dalam RM5.00 dah boleh buat dah seutas rantai tangan (bergantung jugak pada jenis manik yang nak guna). Kalau nak guna kristal, mahal sikit lah yang bercorak-corak siap nak isi charms lagilah mahal.

Nak buat rantai/gelang ni just perlukan manik dengan benang je. Tak perlu guna playar, tak perlu guna dawai yang pelbagai jenis tuh. Nak sampel?....... okeyyyyy...



So, caranya hanya perlu masukkan manik ke dalam benang tuh mengikut saiz tangan anda. Then silangkan kedua-dua hujung benang tu... di tempat persilangan tuh buat satu ikatan pengunci yang berfungsi untuk selaraskan saiz gelang dan memudahkan pemakaian rantai/gelang tersebut. Macam mana nak buat ikatan pengunci tu? Boleh rujuk cara buat badan pepatung dalam post saya yang lepas. Sebarang tali yang balance tu, gunting then panaskan dengan api (lighter) skit supaya lebih kemas. Haaa... dah boleh pakai. Mudah kannnn.......


P/s: Terasa nak buat bengkel buat gelang manik untuk para pelajar.

13 ulasan:

  1. tak seberapa faham la cara nak buat ikatan kunci.tolong tunjuk caranya yg sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikatan kunci tu dibuat dengan teknik ikatan 'Salamon bar'. Nak blaja, bleh search kat YouTube.

      Padam
    2. Ok, sya nak buat gelang untuk kawan saya

      Padam
  2. Kalo nk meniaga gelang brapa modal

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya bergantung dengan kualiti batu/manik/charms yang kita guna. Kalau manik tuh jenis yang plastik, kos 1 gelang tu tak sampai pun RM1.00. Tapi kalau pilih batu jenis kristal, satu gelang mungkin boleh cecah sampai RM5.00. Kos buat gelang ni, paling mahal terletak pada biji2 manik tu. Kalau tali benang kat atas tuh, 1 meter RM0.50 je. Itupun ikut ketebalan.

      Padam
  3. ha. ada contoh lain tak dear? sebab teringin nak buat gelang. tak bnyak sgat idea. mybe boleh share. hihi :)

    BalasPadam
  4. Skarang ni sk pakai gelang yg 3 lapis (manik kaler hitam). Sweet dgn pakaian ranggi. Insyaalah klu ada masa nanti sy uploadkn gmbarnya di blog ni.

    BalasPadam
  5. Tali tu jenis ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu plak nak panggil tali apa... tapi kebiasaannya saya ty dorang ada tak jual tali halus yang orang biasa ikat keychain.

      Padam
  6. Di mana nak beli tali rantai tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya beli di kedai jahit... kebiasaannya dorang akan pamer kat bahagian tali yang org chinese suka ikat buat macam2 corak.

      Padam
  7. Kat mana nak beli tali benang tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cari kat kedai jahit.. depa ambil upah jahit baju ja, x jual tali cam ni. Cari kat kedai yang jual alatan menjahit atau jual mesin jahit mcm2 jenama. Kedai cam ni bukan jual benang jahit je, benang kait, benang ni pun ada jugak. Tapi kat Kuantan ni, kalau pergi kedai buku pun senang cari benang ni tapi kat kedai buku yang ada jual barang tuk buat scrap book.

      Padam

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...