23 Jun 2011

Jom belajar buat lilin

Hari Selasa yang lepas, 'time' tengah dok layan buletin utama, tetiba je rumahku blackout. Mulalah teraba-raba mencari lilin. Nasib baik jugalah ada bekalan lilin di rumah, kalau tak jawabnya bergelaplah aku malam tu. Bila lilin dah dinyalakan aku duduk termenung kat atas sofa. Aku membelek-belek kotak lilin. Empat segi panjang. Terdapat gambar sebatang lilin putih sedang menyala diatasnya. Tak semena-mena terfikir macam mana la lilin ni dibuat? Aku cubalah cari info. Tapi kat kotak lilin tu takde tertulis apa bahan-bahan tuk buat lilin tu. Terdetik satu kenyataan ringakas kat hatiku. "Rasanya buat lilin ni takdela susah sangat kot". Bermula dari situ, aku mula menanam minat untuk mencari satu lagi ilmu yang jarang-jarang dicari oleh orang lain. Ilmu macam mana nak buat lilin.Bila ada masa lapang, aku 'search' internet. cari cara-cara nak buat lilin. Betul sangkaanku. Buat lilin takdela susah sangat! Jom kongsi ilmu buat lilin sendiri kat rumah.

First, buat pilihan dulu nak buat lilin apa. Lilin keras ataupun lilin lembut yang macam gel tu. Kalau nak buat lilin keras (batang ataupun berpetak) anda perlukan 'parrafin wax', 'beeswax' atau 'soy wax' sebagai bahan asas. Kalau nak buat lilin lembut (kebiasaannya diisi didalam gelas atau bekas telus pandang) anda perlukan 'gel wax' sebagai bahan asas. Mengikut pengalaman saya, nak beli bahan-bahan asas kat kedai 'hardware' memang susah nak dapat. Maklumlah! jarang-jarang je ade manusia yang berminat buat lilin ni. Mingkin tak menguntungkan kalau diaorang jual pun. So, tuk memudahkan kita dan tuk menjimatkan masa, orderje secara online di www.ebay.com. lagi mudah hidup kita.

Sebenarnya asas buat lilin ni, ada 2 proses je; cairkan dan sejukkan dalam bekas. So, anda perlu sediakan bekas('mold') yang sesuai mengikut bentuk yang diingini. Kalau teringin buat lilin keras, carilah bekas yang tidak mudah cair. Diperbuat dari tin ataupun bekas acuan masakan pun boleh. Apa yang perlu diingatkan adalah, untuk mengeluarkan lilin sejuk dari acuan tin, anda perlu panaskan sedikit permukaan tin supaya permukaan lilin menjadi renggang dengan badan tin. Atas alasan yang sama, kalau badan acuan yang anda pilih tidak rata, jangan lupa untuk lapiskan sedikit minyak masakan pada permukaan tersebut supaya senang dikeluarkan lilin kelak. Sebaliknya, jika anda membuat lilin lembut, proses mengeluarkan lilin mungkin tidak akan dilakukan kerana kebiasaannya lilin tersebut digunakan bersama-sama dengan bekasnya sekaligus.

Bahan asas dah ada, bekas pun dah ada. 1 lagi benda penting. Sumbu. Tali benang ('wick') untuk dibuat sumbu lilin. kalau tak de macam mana lilin tu nak menyala, ya tak? Untuk memudahkan proses membuat lilin, lagi bagus kalau anda dapat lekatkan tapak acuan dengan dasar sumbu dengan menggunakan sedikit gam. Kalau anda mempunyai sumbu yang telah dipasang kukuh dengan tapak besi leper lagi bagus. Ingat! Bukan semua jenis benang boleh dijadikan sumbu. Jangan ingat asal tebal je dah boleh dijadikan sumbu lilin. Salah tuuuu..... Cari benang yang khusus tuk buat lilin. Sebenarnya jenis sumbu ini mempengaruhi pencahayaan lilin tersebut. So tuk pastikan lilin tu berkualiti, bukat setakat bahannya betul malah benang sumbunya juga perlu berkualiti. Ha... ape lagi... buy online le.... Ops! satu lagi bahan tambahan, anda boleh juga sediakan menyukat suhu (termometer) kalau perlu. Kalau rasa dah pakar takde termometer pun takpe. Untuk checklist pastikan semua bahan dibawah ini disediakan terlebih dahulu.
1. bahan asas (parrafin wax, beeswax, soywax,gelwax)
2. bekas acuan lilin
3. tali benang/sumbu
4. surat khabar
5. periuk (untuk memanaskan bahan asas)
6. termometer (jika perlu)
7. dapur
8. pewarna (pewarna makanan)
9. haruman (essential oil)

Okey, dah sedia tuk buat lilin? Alas kawasan projek anda dengan surat khabar bebanyak tau sebab sisa lilin yang tertumpah atau terpercik kadang kala susah tuk ditanggalkan. Lepas tu sediakan bekas acuan lilin yang digantungkan sumbu ditengah-tengahnya. Berapa banyak bekas acuan diperlukan adalah bergantung kepada kehendak anda. Asalkan bahagia sudah.... kebiasaannya bekas acuan untuk lilin lembut diisi dengan berbagai-bagai perhiasan tambahan seperti batu, pasir bewarna, kerang-kerangan dan sebagainya mengikut kreativiti anda sendiri.

Kemudian, panaskan bahan asas dengan cara 'double boiler'. Tak faham ke? Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih. pastu letakkan periuk kecil (tin/acuan besi pun boleh) di dalamnya. Dalam periuk kecil tu isikan dengan bahan asas tadi. Lebih kurang macam steam la. Alah... macam cairkan coklat bar tuk buat kek/biskut almond london tu. Panaskan hingga bahan asas tadi cair atau hingga cecah 160 darjah/200 darjah fahrenheid. Jangan biarkan ia panas melebihi suhu tersebut kerana ia boleh mejejaskan 'texture' lilin nanti.

Pastu boleh lah tambahkan pewarna dan haruman yang diingini. Kemudian bolehlah dituang ke dalam bekas acuan yang telah disediakan. Apabila permukaan lilin jadi separuh mengeras, cuba baiki kedudukan sumbu supaya menjadi lurus.Then, biarkan sejuk. Jangan terkejut, kadang kala proses penyejukan ini memakan masa sehingga 6 jam.

Sesetengah lilin, apabila sejuk, permukaan lilin akan lendut kebawah. Tak cantik. So untuk mengatasinya, panaskan semula permukaan atas lilin tersebut dan bentukkan mengikut kemahuan anda. Kalau rasa nak jimat, panaskan semula sisa lilin di dalam periuk kecil tadi dan 'top-up' balik semula kawasan yang kekurangan lilin tadi. Biarkan ia sejuk semula. Bila dah sejuk tu, pandai-pandailah nak buat apa.

Dah siappppppppp......



Just nak share.... lilin ni boleh juga dibuat dengan menggunakan krayon. Alah... yang budak-budak guna tuk mewarna tuh.. takkan tak kenal kot. Apa perlu dibuat, anda just panaskan je krayon-krayon tu. Dengan kata lain, kroyon ni menjadi pengganti kepada bahan asas tadi. Prosesnya sama je macam diatas. Cuba untuk memanaskan krayon ni, perlu ditambah dengan sedikit air. Lagi satu untuk berjimat (save budget)pe susah....... cairkan balik semula lilin lama kat rumah... lagiiiiiii jimat.

15 ulasan:

  1. mane nak beli gel wax tu?saya xreti beli secara online

    BalasPadam
  2. kalo tau mane2 kedai yg ada jual lg senang kot..saya nak buat dalam 100 lilin gel utk hadiah

    BalasPadam
  3. klu cari di kedai Hardware, memang x de. Klu di Kuantan, hot wax (dalam tin) boleh didapati di kedai borong Cowboy.

    BalasPadam
  4. kalo di kl@ipoh mane blh dpt gelwax?n kalo cairkan crayon or lilin lama cmne ngn color nye?tq

    BalasPadam
  5. macam mana nak buat lilin candle light yg dalam cawan tuh..yg ada sumbu terapung tuh?

    BalasPadam
  6. kalau nak blei yg dh ciap blh x??
    http://www.facebook.com/aimanmaimunatullail

    BalasPadam
  7. wick dia nak beli kat mane ek?

    BalasPadam
  8. bole bagitahu nak beli sumbu lilin kat ne?

    BalasPadam
  9. nk brli bhan asas lilin ada jual x?

    BalasPadam
  10. Camne wat bntuk di gmbar 2??

    BalasPadam
  11. tau tak area kl dekat mane ade jual wax tu?

    BalasPadam
  12. Boleh dapatkan beeswax dari saya whatsapp 019-5079197.

    BalasPadam
  13. Yang sis buat tuh lilin keras atau lembut ??

    BalasPadam
  14. Nak beli 100% Natural/Refined Beeswax, Lilin Beeswax, Hiasan Beeswax, Pembalut Beeswax kah?

    http://facebook.com/honeyguidebeeswax
    https://buybeeswaxinmalaysia.blogspot.com/
    Whatsapp 0165427908

    BalasPadam
  15. nak beli barang lilin bolehemail saya

    BalasPadam

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...