11 April 2014

Membuat ukiran buah

Kembali menaip setelah sekian lama menyepi. Maklumlah.... skarang ni ada terlalu banyak media publisher.. kat facebook boleh update status, kat twitter update feeling, kat What'sApp update info, kat Youtube update video sampai tak terkejar nak update blog.
          Tapi menyepi aku bukan sepi kosong2 je tau. Hobi still on seperti biasa cuma kurang aktif berbanding dahulu. Banyak kerja la katakan. Kalau dulu aku dok minat2 ukir sabun sekarang aku dah kembangkan bidang pengukiran tu kepada mengukir buah plak. Semuanya bermula apabila adik perempuanku yang ketiga nak melangsungkan perkahwinan hujung tahun 2013 yang lepas. Majlis serba ringkas dibuat di rumah mak kat Kg. Permatang Badak. Sehari sebelum majlis berlangsung, ramailah saudara yang jauh kat kampong datang. Kira padat dan sendatlah dapur rumah mak tuh. Macam takde bende yang aku bleh tolong. Semua kerja kat dapor dah ada orang tolong buatkan. Kalau nak menolong tu kena ikut 'Q' la plak. Tapi dah status aku ni kakak pengantin kan???? takkan la nak dok saja. So aku cari la alternative lain untuk menyerlah diri... takde la orang salah tafsir.. Yeaa laaa.. kengkadang bila kita tak buat kerja, orang akan fikir yang kita ni tak suka sangat dorang tu kawen. Walaupun kita takde niat begitu tapi fikiran orang, kita tak leh baca.
          Tanpa berfikir panjang aku bagi idea kat mak aku yang aku nak try hias santapan pengantin untuk majlis makan beradab. Aku bagitau yang aku nak buat hiasan buah. Mak aku bagi green light dengan muka penuh redha. Maklumlaa... bagi generasi yang ada kat dapur tu (mak2 sedara), hiasan buah tu benda yang simple sangat tuk dibuat. Potong2 buah, susun2 buah. kerat sana sikit, cantum sini sikit...... kira dah siap laaa.... Bab tu aku tak ambik port sangat. Then malam tu, aku kluar gi cari buah-buahan. Mak sedara aku siap bagitau lagi suruh aku cari buah tembikai.... Aduuhhhaaaiii... nya buat aku ni macam tak tau bebenor bab hias menghias nih. Kat situ pun dah Nampak betapa dorang tak yakin dengan 'kualiti' hiasan buah yang aku nak buat. So malam tu aku gi kluar cari buah mangga, buah betik dan buah tembikai.
        Malam tu, kat rumah aku di Sg. Soi, bermulalah proses mengukir buah. Secara jujur ikhlas aku bagitau yang itulah kali pertama dalam hidup aku, aku buat ukiran buah. Aku kira yakin boleh buat je. Sebab bagi aku, bila aku boleh buat ukiran sabun, that's mean aku jugak boleh buah ukiran buah sebab konsep dan teknik ukiran tu tak berubah cuma medium je yang bertukar bentuk. Tapi aku memang akui walaupun ukir buah lebih mudah berbanding ukir sabun, sebab buah lebih lembut berbanding sabun tetapi mengukir buah ni lebih mencabar berbanding mengukir sabun sebab takut rugi.
       Hakikatnya, kalau kita mengukir sabun, kita buat tak pandang je sisa ukiran yang kita buat tuh. Tapi bila kita mengukir buah ni, masa nak start toreh pun dah ada rasa saying. takot membazir. Semakin dalam torehan beerti cantik ton warna ukiran yang terhasil, semakin nipis corak yang diukir atas buah tu beerti semakin halus ukiran yang kita buat. Malangnya, kedua-dua proses ini akan menyebabkan semakin banyak sisa ukiran yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mulut, diurai-urai begitu sahaja.
        Rasa rugi tu memang ada. Tapi bila memikirkan untuk memeriahkan majlis adik. So aku takdela rasa ralat sangat. Haaaaaa.............. inilah hasil yang aku dah buat.

 
Keesokannya, kesemua hasil kerja tangan aku, aku bawa ke Permatang Badak. Insan yang paling gembira adalah mak aku. Sebab hasil kerja tangan aku tu memang di luar dugaan dia. Sememangnya dia tak pernah tahu yang anak dia ni ada kemahiran mengukir buah (hehehe... ada unsur riak skit) dan yang paling mencuri perhatian tetamu pada hari tu, tak lain tak bukan adalah hiasan meja tuk pengantin makan beradat. Pengantin pompuan pun dok senyum lebar je.... Seminggu berlalu, cerita bab cantiknya ukiran buah ngan sedapnya pudding rose (hasil kerja tangan aku gak...) masing lagi menjadi bualan saudara mara. Dan mak aku  menjadi insan yang paling bangga... sebab berita tentang skills anak dia dah sampai hingga ke kampong kat Terengganu.
dan .....

            Sudahlah meleret melarat.... nanti cerita nih sampai bila2 pun tak habis. Point aku sebenarnya nak bagitau....... kalau kita ada satu-satu kemahiran tu, jangan terlalu setia sangat. Pelbagaikan. Tak salah kita mencuba sesuatu yang baru. Dan mengikut pengalaman aku, kemahiran ukir buah sebenarnya lebih banyak bagi profit berbanding ukir sabun. Apatah lagi kalau kita ada contact ngan wedding planner. Lagi massyyyukkkk. Itu idea tuk sesapa yang nak tambah pendapatan sampingan laaaa.... macam aku nih, cukuplah ia sebagai hobi sahaja. Ok.... see you soon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...