13 April 2014

Jahit baju

Salam warga bloggers.... minggu ni terasa terlebih rajin tuk update blog. Semalam aku terdengar lagu nyanyian WARIS ft. Hattan yang bertajuk 'Gadis Jolobu'.  Lagu loghat Negeri Sembilan ni sebenarnya ada banyak unsur nasihat di dalamnya. Tapi aku jadi 'terasa' bila dengar bait bridge dia yang berbunyi "Jangan salah anggap. Kenapo lebihkan pompuan, sebab laki  bole hidup kalo campak dalam hutan". Waaaaduuuhhhh..... banyak benor kekurangan orang pompuan ni yek. Tak pandai nak hidup kalau takde orang lain (lelaki) bantu. Sejujurnya aku mengaku gak lah. Ayat tu ada betulnya. Sebab pompuan zaman sekarang nih ramai yang tak pandai. Tak percaya? cuba tengok budak-budak pompuan zaman sekarang nih. Sibuk nak ber'couple', sibuk nak berlaki padahal ilmu Keperempuanan tu hancussss....
      Eeeeiiiii..... aku bukan nak hina sesapa ya. Bukan jugak nak riak kan diri sendiri. Noooo..... bukan. Aku menulis ni sekadar tuk memberi pengajaran dan nasihat jer. Untuk survival skills, kita yang bergelar isteri nih patut ada banyak kemahiran. Biar jadi serba pandai, barulah 'saham' menjadi lebih tinggi. Ada 2 benefit yang besar. 1st, setiap suami akan jadi bangga giler kalau dapat isteri yang berkemahiran. Apatah lagi kalau yang memuji tu adalah mak dia, kakak dia atau ayah dia. Pendek cerita, suami jadi makin sayang gituh!.Dari aspek jangkaan negative lak, susah nak ditinggalkan, coz nak cari pompuan yang berkemahiran macam kita sekarang nih, susah tau. 2nd, dapat dijadikan 'side income' tuk tambah pendapatan keluarga. Haaa.... yang nih! Kalau berhenti kerja makan gaji, at least boleh hidup lagi.
       So kali nih aku nak cerita bab menjahit baju lak. Weeeeiiiii.... skill ni wajib ada pada pompuan tau. Aku nasihatkan mana-mana pompuan yang bergelar isteri ataupun yang akan bergelar isteri, silalah belajar menjahit. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi, nak beli baju kat butik memang dah jadi mahal. Tu kalau hidup berdua je dengan suami. Bayangkan kalau ada anak. Bayangkan pulak bila time raya. Fuh! baju lagi, langsir lagi... mau beratus ringgit dibelanjakan tuk benda tuh semua. Kalau pandai jahit sendiri, banyak boleh save tau. Silap2 haribulan, dapat tempahan pulak.. Kahahahahahahaha....
       Cerita aku...... aku start belajar menjahit setelah tamat STPM. Tetiba je datang seru nak belajar menjahit. Hihihihi.... bila aku bagitau emak yang aku nak blajar menjahit, mak aku kata... kalau nak kawin perlu pandai memasak, perlu pandai menjahit. So mak aku bagi green light. Tak tahu apa point dia kata macam tuh sebab masa tuh aku still single lagi (xde boyprem). Dalam kepala ni dok ingat nak sambung belajar, nak masuk 'U'. Sekarang nih, bila dah kawen, baru aku faham kata-kata mak aku tuh!. Mmm... macam tak caye je, aku bleh jahit baju... xpe...xpe.... aku tunjuk bukti.
Ni gambar semasa proses......
Belum siap lagi...
Dah siap.. (homemade)
tambah lagi satu gambar......
Ni nak tunjuk langsir rumah. Hahaha....Langsir ni pun, ku jahit sendiri tauuu...
 
Baju ni.... baju jubah ngan seluar. Aku buat dalam 2 hari (hujung minggu). Sehari guna tuk proses potong kain ngan jahit tepi. Sehari lagi guna tuk proses menjahit (mencantum semua part) baju ngan seluar. Aku taknak cerita bab lawa ke tak lawa ke (nanti bertambah riak plak)... tapi aku nak bagitau... aku puas hati bila aku pakai baju yang aku buat sendiri. Special made. Xde dijual dimana-mana kedai. Dengan kata lain, kalau jahit sendiri, anda takkan nampak kawan anda pakai pakaian yang sama seperti yang anda pakai. Selain jimat, dengan menjahit sendiri baju, anda boleh pakai baju yang dah siap dalam masa yang singkat. 2 hari je dah siap. Bayangkan kalau tempah. Paling kurang, seminggu baru siap. Itu tak masuk masa raya lagi. Itu makan masa dua tiga bulan plak.
      Dan rahsia kejayaannya yang paling utama adalah terletak pada 5 huruf  besar nih.
               R    A    J    I    N
Dengan kata lainnya, ada macam-macam skill pun tak guna juga.... kalau xde kerajinan. Kesimpulannya, nak jadi wife yang disayangi suami bukan hanya perlu ada berbagai skill, tapi juga perlu rajin. Aku???.... last time aku jahit bajuuuuuu........ hujung tahun 2012 kot... Hehehehehehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...