06 Februari 2014

Belajar Bahasa Isyarat Malaysia pula

Belajar Bahasa Ketiga

Bila dah lama menceburi bidang pengajaran ni, mulalah hati terasa jemu dengan ilmu yang seciput didada ni.Terasa pulak nak belajar benda baru. Tak tahu pulak kenapa tetiba je terasa nak belajar bahasa baru. Bahasa Malaysia dah bagus, Bahasa Inggeris tu kira tahap OK la.... kalau ekselen, baik aku jadi cikgu BI. Then, bahasa apa lagi yang aku nak belajar yeaaa? Aku ni mengajar kat bahagian Pengajian Islam. Rakan-rakan sejawat semuanya terer Bahasa Arab. Tengok pada gaya tuuuuu macam kena blaja Bahasa Arab jerrrr..... Aku minat jugak nak belajar Bahasa Arab (BA) ni... cuma lemah bila terfikir tang Tatabahasa dia jerrrr.....

Tapi sejujurnya aku lebih berminat nak belajar Bahasa Isyarat. Banyak jenis Bahasa Isyarat ni. Lebih tepat lagi Bahasa Isyarat yang digunapakai di Malaysia. Umumnya kat Malaysia ni, ada dua (2) jenis Bahasa Isyarat yang digunakan. Satu yang biasa digunakan oleh orang kurang upaya (pekak) untuk berkomunikasi tu dikenali sebagai Bahasa Isyarat Malaysia atau MySL iaitu singkatan kepada Malaysia Sign Language. Lagi satu tu merupakan bahasa Isyarat yang digunakan oleh para pelajar di sekolah yang dikenali sebagai KTBM iaitu singkatan kepada Kod Tangan Bahasa Malaysia.

Pada pendapat aku laaa..... MySL sebenarnya jauh lebih mudah berbanding KTBM kerana simbol pergerakan hanya memberi makna terhadap kata dasar sahaja. Tetapi KTBM lebih susah sedikit serta lambat kerana ia menggunapakai imbuhan dan kata penyambung ayat. Alahhhh.... tuk mudah faham, meh daku bagi contoh yang simple. Dengan berpandukan MySL, kita boleh buat signal dengan pergerakan tangan yang memberi makna 'Tidur'. Nak bagitau kita tertidur ke, kita nak tidur ke, kita menidurkan ke, guna signal yang sama je dengan MySL iaitu signal tidur (satu pergerakan sahaja. Nak tahu dengan lebih terperinci, gi la google sendiri yaaa). Tetapi dengan KTBM signal untuk tertidur berlainan dengan signal menidurkan serta lebih lambat sebab kena tambah signal untuk imbuhan 'ter', 'me' dan 'an' dalam sebelum/selepas signal tidur. Nak senang paham lagi, KTBM sebenarnya untuk belajar tatabahasa Bahasa Melayu. Dengan guna KTBM warga OKU boleh 'membacakan' semula teks Bahasa Melayu sebijik-sebijik macam dalam buku. Tapi untuk menghurai apa yang mereka baca, lebih mudah guna MySL. Takyah nak pening sangat lah! Kalau tak paham boleh gi wat research sendiri ya.

Sekarang ni kalau search kat 'YouTube', memang berlambak video hak guna Bahasa Isyarat nih. Kebanyakannya guna KTBM. So daku takyah bagi contoh lah ya. Kalau nak contoh tuk MySL, boleh la. Bahasa Isyarat Bahasa Malaysia untuk makna perkataan 'dahulu', 'sekarang', 'semalam' dan 'esok' adalah seperti dalam gambar kat bawah ni.



Sebenarnya aku dah berminat tuk blajar Bahasa Isyarat ni semenjak 2012 lagi. Tapi sebab takde masa. Ditambah pula dengan otak yang dah semakin 'tua'. Sehingga ke hari ni, aku baru belajar lebih kurang 60 signal Bahasa Isyarat. Tu pun kira kombain MySL ngan KTBM skali. Harap-harap aku boleh genapkan ilmu kepada 100 signal sebelum 2015.

Ok... Chauuuuu dulu.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Sis boleh tanya...kalau ini hadiah untuk kawan saya... Dlm mysl hadiah tu mcm mne nk gne dlm bhs isyarat? Tq

    BalasPadam

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...