16 April 2014

Buat kotak origami

Mmmm.... dapat masalah baru. Pening pulak kepala bila dok pikir, nak soh budak2 handle program dengan kos yang ciput. Subjek Organizing Skills semester January-May 2014 ni, budak2 ni kena anjurkan satu program berbentuk pertandingan. So, mereka kena buat pertandingan mewarna untuk budak2 kecik. Target 80 orang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
     Tiap2 minggu aku suruh std present progress tugasan setiap biro. Nampak jugak perkembangannya. Bila bab cenderahati, aku jadi cuak. Hadiah tuuuu... no problem la.. dibalut ngan wrapping paper, ada hamper lagi. Kira okey la tuh. Tapi bila aku tanya, nak bagi apa kat budak2 yang mendaftar dan main puzzle dan sebagainya? mereka kata nak bagi gula2. Aku kata, okeyla.. budak2 memang suka makan gula2. Then aku tanya, ada bawa contoh tak?. Pastu std tu hulurkan kat aku sebungkus plastik yang mengandungi gula2 dan juga jelly. Adoilaaaaaaa..... aku memang anti bebenor kalau tengok tugasan yang dibuat ala kadar macam nih! Aku bagitau stud tu yang aku nak cenderahati yang ada unsur eksklusif.... hanya yang hadir program je... yang bleh dapat... then kalau boleh ada tertera kat cenderahati tuh tajuk program laaa..... Aku bagitau std, kalau malas sangat, gi tempah stiker then tampal kat plastik tuh. Std tu pandang aku dengan muka blur... dalam hati aku merungut sendiri..... aaaaiiissshhhhhhh!cari marah betul la dia nih!
     Para pembaca blog sekalian, kat sinih aku nak bagi idea. Kalau rasa nak bagi cenderahati yang eksklusif dengan kos yang kecik, macam nak bagi gula2 tadi tuh, aku cadangkan korang buat sendiri kotak dari kertas A4 yang biasa tuh. Nak lawo skit, gunalah kertas yang kaler warna-warni skit, barulah menyerlah. Korang hanya perlukan kertas bersaiz A4 ngan riben. kertas tuh, kalau boleh yang 160mg baru kukuh skit. Kalau nak buat yang tebal dia 80mg pun boleh juga. Cuma dia tak tahan berat then jangan tindan dengan benda2 berat, sebab mudah kemek.
       Nak eksklusif, korang kena ada printer kaler. Jenis inkejet ke... lazer ke... tak kesah lah.. yang penting bleh kluar kaler. 1st step, korang print-out nama majlis korang kat atas kertas A4 tuh. Cuba setting bagi kedudukan perkataan tuh akan  berada kat tengah2 penutup kotak. Kalau korang nak buat 80 kotak, korang kena print atas 80 helai kertas A4. Tu untuk buat penutup kotak.
     2nd, korang kena lipat kertas A4 yang kosong hingga menjadi kotak. Macam mana nak buat? korang boleh search cara dia kat internet. Nak mudah lagi, korang bukak je YouTube then taip macam mana nak buat origami box. Ni contoh kotak yang aku buat dengan kertas A4 yang tebal dia 80mg je.
 

    

Cara buat penutup kotak ngan badan kotak tu.... sama je kaedah dia... cuma untuk penutup kotak tu perlu ada ruang antara lipatan skit. So saiz dia akan besar skit dari saiz badan dia. Kira bleh telus lah badan kotak tuh. 3rd, korang isilah gula2 ke, jelly ke, apa2 yang korang nak bagi kat guest, tutup ngan penutup kotak tuh then 4th, hiaskan ngan riben. Taaaraaaaaaaa......
Jimat kossssssssssssssssssssssssssss...............
Bagi aku laaaa.... tak semestinya program budak2, kotak ni gak sesuai tuk majlis2 pertunangan, majlis2 kahwin pun okey gak. Lagipun, untuk letak gula2 jer.. kalau kira kos nak buat kotak nih... tak sampai pun RM0.50 sekotak.. yang penting rajin melipat kertas. Wokehhhh... see you soon.... byeeee.....

13 April 2014

Jahit baju

Salam warga bloggers.... minggu ni terasa terlebih rajin tuk update blog. Semalam aku terdengar lagu nyanyian WARIS ft. Hattan yang bertajuk 'Gadis Jolobu'.  Lagu loghat Negeri Sembilan ni sebenarnya ada banyak unsur nasihat di dalamnya. Tapi aku jadi 'terasa' bila dengar bait bridge dia yang berbunyi "Jangan salah anggap. Kenapo lebihkan pompuan, sebab laki  bole hidup kalo campak dalam hutan". Waaaaduuuhhhh..... banyak benor kekurangan orang pompuan ni yek. Tak pandai nak hidup kalau takde orang lain (lelaki) bantu. Sejujurnya aku mengaku gak lah. Ayat tu ada betulnya. Sebab pompuan zaman sekarang nih ramai yang tak pandai. Tak percaya? cuba tengok budak-budak pompuan zaman sekarang nih. Sibuk nak ber'couple', sibuk nak berlaki padahal ilmu Keperempuanan tu hancussss....
      Eeeeiiiii..... aku bukan nak hina sesapa ya. Bukan jugak nak riak kan diri sendiri. Noooo..... bukan. Aku menulis ni sekadar tuk memberi pengajaran dan nasihat jer. Untuk survival skills, kita yang bergelar isteri nih patut ada banyak kemahiran. Biar jadi serba pandai, barulah 'saham' menjadi lebih tinggi. Ada 2 benefit yang besar. 1st, setiap suami akan jadi bangga giler kalau dapat isteri yang berkemahiran. Apatah lagi kalau yang memuji tu adalah mak dia, kakak dia atau ayah dia. Pendek cerita, suami jadi makin sayang gituh!.Dari aspek jangkaan negative lak, susah nak ditinggalkan, coz nak cari pompuan yang berkemahiran macam kita sekarang nih, susah tau. 2nd, dapat dijadikan 'side income' tuk tambah pendapatan keluarga. Haaa.... yang nih! Kalau berhenti kerja makan gaji, at least boleh hidup lagi.
       So kali nih aku nak cerita bab menjahit baju lak. Weeeeiiiii.... skill ni wajib ada pada pompuan tau. Aku nasihatkan mana-mana pompuan yang bergelar isteri ataupun yang akan bergelar isteri, silalah belajar menjahit. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi, nak beli baju kat butik memang dah jadi mahal. Tu kalau hidup berdua je dengan suami. Bayangkan kalau ada anak. Bayangkan pulak bila time raya. Fuh! baju lagi, langsir lagi... mau beratus ringgit dibelanjakan tuk benda tuh semua. Kalau pandai jahit sendiri, banyak boleh save tau. Silap2 haribulan, dapat tempahan pulak.. Kahahahahahahaha....
       Cerita aku...... aku start belajar menjahit setelah tamat STPM. Tetiba je datang seru nak belajar menjahit. Hihihihi.... bila aku bagitau emak yang aku nak blajar menjahit, mak aku kata... kalau nak kawin perlu pandai memasak, perlu pandai menjahit. So mak aku bagi green light. Tak tahu apa point dia kata macam tuh sebab masa tuh aku still single lagi (xde boyprem). Dalam kepala ni dok ingat nak sambung belajar, nak masuk 'U'. Sekarang nih, bila dah kawen, baru aku faham kata-kata mak aku tuh!. Mmm... macam tak caye je, aku bleh jahit baju... xpe...xpe.... aku tunjuk bukti.
Ni gambar semasa proses......
Belum siap lagi...
Dah siap.. (homemade)
tambah lagi satu gambar......
Ni nak tunjuk langsir rumah. Hahaha....Langsir ni pun, ku jahit sendiri tauuu...
 
Baju ni.... baju jubah ngan seluar. Aku buat dalam 2 hari (hujung minggu). Sehari guna tuk proses potong kain ngan jahit tepi. Sehari lagi guna tuk proses menjahit (mencantum semua part) baju ngan seluar. Aku taknak cerita bab lawa ke tak lawa ke (nanti bertambah riak plak)... tapi aku nak bagitau... aku puas hati bila aku pakai baju yang aku buat sendiri. Special made. Xde dijual dimana-mana kedai. Dengan kata lain, kalau jahit sendiri, anda takkan nampak kawan anda pakai pakaian yang sama seperti yang anda pakai. Selain jimat, dengan menjahit sendiri baju, anda boleh pakai baju yang dah siap dalam masa yang singkat. 2 hari je dah siap. Bayangkan kalau tempah. Paling kurang, seminggu baru siap. Itu tak masuk masa raya lagi. Itu makan masa dua tiga bulan plak.
      Dan rahsia kejayaannya yang paling utama adalah terletak pada 5 huruf  besar nih.
               R    A    J    I    N
Dengan kata lainnya, ada macam-macam skill pun tak guna juga.... kalau xde kerajinan. Kesimpulannya, nak jadi wife yang disayangi suami bukan hanya perlu ada berbagai skill, tapi juga perlu rajin. Aku???.... last time aku jahit bajuuuuuu........ hujung tahun 2012 kot... Hehehehehehe...


11 April 2014

Membuat ukiran buah

Kembali menaip setelah sekian lama menyepi. Maklumlah.... skarang ni ada terlalu banyak media publisher.. kat facebook boleh update status, kat twitter update feeling, kat What'sApp update info, kat Youtube update video sampai tak terkejar nak update blog.
          Tapi menyepi aku bukan sepi kosong2 je tau. Hobi still on seperti biasa cuma kurang aktif berbanding dahulu. Banyak kerja la katakan. Kalau dulu aku dok minat2 ukir sabun sekarang aku dah kembangkan bidang pengukiran tu kepada mengukir buah plak. Semuanya bermula apabila adik perempuanku yang ketiga nak melangsungkan perkahwinan hujung tahun 2013 yang lepas. Majlis serba ringkas dibuat di rumah mak kat Kg. Permatang Badak. Sehari sebelum majlis berlangsung, ramailah saudara yang jauh kat kampong datang. Kira padat dan sendatlah dapur rumah mak tuh. Macam takde bende yang aku bleh tolong. Semua kerja kat dapor dah ada orang tolong buatkan. Kalau nak menolong tu kena ikut 'Q' la plak. Tapi dah status aku ni kakak pengantin kan???? takkan la nak dok saja. So aku cari la alternative lain untuk menyerlah diri... takde la orang salah tafsir.. Yeaa laaa.. kengkadang bila kita tak buat kerja, orang akan fikir yang kita ni tak suka sangat dorang tu kawen. Walaupun kita takde niat begitu tapi fikiran orang, kita tak leh baca.
          Tanpa berfikir panjang aku bagi idea kat mak aku yang aku nak try hias santapan pengantin untuk majlis makan beradab. Aku bagitau yang aku nak buat hiasan buah. Mak aku bagi green light dengan muka penuh redha. Maklumlaa... bagi generasi yang ada kat dapur tu (mak2 sedara), hiasan buah tu benda yang simple sangat tuk dibuat. Potong2 buah, susun2 buah. kerat sana sikit, cantum sini sikit...... kira dah siap laaa.... Bab tu aku tak ambik port sangat. Then malam tu, aku kluar gi cari buah-buahan. Mak sedara aku siap bagitau lagi suruh aku cari buah tembikai.... Aduuhhhaaaiii... nya buat aku ni macam tak tau bebenor bab hias menghias nih. Kat situ pun dah Nampak betapa dorang tak yakin dengan 'kualiti' hiasan buah yang aku nak buat. So malam tu aku gi kluar cari buah mangga, buah betik dan buah tembikai.
        Malam tu, kat rumah aku di Sg. Soi, bermulalah proses mengukir buah. Secara jujur ikhlas aku bagitau yang itulah kali pertama dalam hidup aku, aku buat ukiran buah. Aku kira yakin boleh buat je. Sebab bagi aku, bila aku boleh buat ukiran sabun, that's mean aku jugak boleh buah ukiran buah sebab konsep dan teknik ukiran tu tak berubah cuma medium je yang bertukar bentuk. Tapi aku memang akui walaupun ukir buah lebih mudah berbanding ukir sabun, sebab buah lebih lembut berbanding sabun tetapi mengukir buah ni lebih mencabar berbanding mengukir sabun sebab takut rugi.
       Hakikatnya, kalau kita mengukir sabun, kita buat tak pandang je sisa ukiran yang kita buat tuh. Tapi bila kita mengukir buah ni, masa nak start toreh pun dah ada rasa saying. takot membazir. Semakin dalam torehan beerti cantik ton warna ukiran yang terhasil, semakin nipis corak yang diukir atas buah tu beerti semakin halus ukiran yang kita buat. Malangnya, kedua-dua proses ini akan menyebabkan semakin banyak sisa ukiran yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mulut, diurai-urai begitu sahaja.
        Rasa rugi tu memang ada. Tapi bila memikirkan untuk memeriahkan majlis adik. So aku takdela rasa ralat sangat. Haaaaaa.............. inilah hasil yang aku dah buat.

 
Keesokannya, kesemua hasil kerja tangan aku, aku bawa ke Permatang Badak. Insan yang paling gembira adalah mak aku. Sebab hasil kerja tangan aku tu memang di luar dugaan dia. Sememangnya dia tak pernah tahu yang anak dia ni ada kemahiran mengukir buah (hehehe... ada unsur riak skit) dan yang paling mencuri perhatian tetamu pada hari tu, tak lain tak bukan adalah hiasan meja tuk pengantin makan beradat. Pengantin pompuan pun dok senyum lebar je.... Seminggu berlalu, cerita bab cantiknya ukiran buah ngan sedapnya pudding rose (hasil kerja tangan aku gak...) masing lagi menjadi bualan saudara mara. Dan mak aku  menjadi insan yang paling bangga... sebab berita tentang skills anak dia dah sampai hingga ke kampong kat Terengganu.
dan .....

            Sudahlah meleret melarat.... nanti cerita nih sampai bila2 pun tak habis. Point aku sebenarnya nak bagitau....... kalau kita ada satu-satu kemahiran tu, jangan terlalu setia sangat. Pelbagaikan. Tak salah kita mencuba sesuatu yang baru. Dan mengikut pengalaman aku, kemahiran ukir buah sebenarnya lebih banyak bagi profit berbanding ukir sabun. Apatah lagi kalau kita ada contact ngan wedding planner. Lagi massyyyukkkk. Itu idea tuk sesapa yang nak tambah pendapatan sampingan laaaa.... macam aku nih, cukuplah ia sebagai hobi sahaja. Ok.... see you soon.

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...