23 April 2013

22 April 2013

PANTUN PERPISAHAN ; SAHABAT

     Minggu ni ada program majlis perpisahan. Seramai 5 orang studentku menganjurkan 'Malam Mengukir Kenangan 2013' bagi me'rai'kan pelajar-pelajar semester akhir yang bakal keluar dari kolej pada semester hadapan. So, adalah beberapa persembahan yang telah dirancang. Bab rancang tu, tak kesah lah. Tapi diorang nak buat persembahan berpantun dan akulah jugakkkkkk yang nak kena me'ngarang' pantun diorang tu. Sebab nak tolong punya pasal, so ku kerah jugak kepala otak ni tuk buat pantun empat kerat.
     Persembahan lakonan berpantun ni alaaaaaa.... macam filem lama-lama tuu... ganti dialog.. so macam berbalas pantun la jugak... cuma bukan dalam bentuk pertandingan je. Gantikan pantun sebagai dialog yang diucapkan oleh 2 orang sahabat yang akan berpisah. Dalam masa beberapa minit tu (budak-budak ni suka betul buat kerja last minute!) 6 rangkap ni je yang sempat terpikir kat otak aku...

Sahabat A :
     Sangkut tempayan di tiang jati,
     Airnya ditimba dari perigi,
     Sedih sungguh rasa dihati,
     Mendengar khabar orang kan pergi.

Sahabat B:
     Kenapa tuan bersarung putih,
     Sarung berwarna cantik coraknya,
     Kenapa tuan harus merintih,
     Hamba pergi ada baiknya.

Sahabat A:
     Sukat secupak si padi hama,
     Andai ditanak, disantap jua,
    Suka bersama, duka pun bersama,
     Andai ditinggal, bagaimanalah hamba.

Sahabat B:
     Jangan diragut mawar berduri,
     Luka ditangan, menusuk ke hati,
     Orang ditinggal bukan sendiri,
     Hilang hamba, ramai mengganti.

Sahabat A:
     Jika mengail ikan cencaru,
     Bawalah pukat untuk menjala,
     Jika berjumpa sahabat baru,
     Sahabat lama mungkin dilupa.

Sahabat B:
     Bunga selasih tumbuh melata,
     Dikutip perawan ke dalam raga,
     Walau jauh, hilang dimata,
     Sahabat lama , dikenang juga.


Ditambah pula dengan audio instrumental gurindam jiwa... waduhhhh... macam filem lama gituh!

Mmm... ini copyright beta yang punya.. so kalau korang ada mengidam nak guna pantun ni sila minta izin beta dulu ya! jangan 'copy-paste' sesuka hati. Alhamdulillah! habis satu kerja......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...