Internet sebenarnya memberi banyak manfaat kepada mereka yang pandai menggunakannya dengan berhemah. Aku merupakan salah seorang pengguna internet yang sentiasa tercari-cari pembelajaran baru kat laman-laman sesawang... alah... omputih sebut website. Kalau boleh aku nak jadi seorang insan yang mempunyai banyak kemahiran. Silap-silap dengar macam angan-angan mat Jenin je bunyinye tu... tapi sebenarnya untuk tujuan sebeginilah internet itu digunakan.
Salah satu kemahiran yang aku baru dapat... ukir sabun. Hakikatnya aku ni bukanlah orang seni pun. Masuk kelas ukiran pun tak pernah. Kelas masak-memasak, gubah-menggubah dan ukir-mengukir ni tak pernah jejak pun. Tapi aku dapat juga belajar mengukir dengan cara belajar sendiri melalui pemerhatian kat dalam internet. Secara tepatnya, aku belajar kat 'Youtube'.
Mula-mula aku buka video ukiran kayu (wood carving) tapi macam tak sejiwa ngan aku so aku beralih tengok ukiran buah. Cantik sungguh mat-mat saleh tu mengukir corak bunga kat atas buah tembikai. Pastu aku tonton pula video ukiran sabun. Diorang tu mengukir macam cincai-cincai pun boleh jadi cantik. Tak caye betul. Bila dah jemu tonton video apa lagi, buat praktikal le....
Hujung minggu lalu, dalam pada aku berjalan-jalan kat bandar Kuantan, aku singgah kat pasaraya Maydin. Sambil membeli barang-barang keperluan rumah, aku mengambil kesempatan membeli beberapa bungkus sabun mandi yang murah. Sengaja beli yang murah, kalau ukiran tak menjadi pun takdele rasa membazir sangat. So, sambil-sambil tengok tv, tanganku pun capai bungkusan sabun dan pisau pengukir. Aku nak cuba praktik apa yang telah aku belajar kat internet. Percubaan kali pertama, hasilnya....
Dah Jadi....Auchhh..... Chomelllnyeeee...... takdele susah sangat!... dan percubaan kali kedua.....
Haa..... tengok! Internet pun boleh bagi ilmu yang berguna kepada kita... Anda macam mana? Apa yang dah berjaya dipelajari menerusi internet? Jomla kongsi bersama... kita share ilmu yang bermanfaat... Okey... Out dulu, nak search ilmu dan kemahiran lain pulak. Byeeeee...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!
Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...
-
Assalamualaikum..... Waaahhhh... nampaknya dah banyak benda belajar nih!. Kraftangan dah buat, cenderahati pun dah buat... tu semua seni kra...
-
Hari Selasa yang lepas, 'time' tengah dok layan buletin utama, tetiba je rumahku blackout. Mulalah teraba-raba mencari lilin. Nasib ...
salam
BalasPadamcantiknye, pandai awk buat..
saya tak layak trm pujian itu kerana saya bukan pakar.
Padamtahniah...menjadi
BalasPadamawak guna sabun buku jenis apa ye???
BalasPadamguna sabun jename ape,,tlonglhh,,gtauu
BalasPadampakai sabun jenama fruittale pun boleh
BalasPadamNak tau cara buat. Kasi la video sikit ^_^
BalasPadammaaf sebab lambat balas. Dah lama tak update blog. :(
BalasPadamSaya suka guna sabun yang paling murah sebab ia lembut so tak mudah patah kalau ditoreh.