Dah lama plak rasanya tak tulis diary.... minggu lepas lagi skali memenuhi rutin appointment jumpa dokter. Seperti biasala terpaksa aku minta cuti kat bos 1 hari. Dah tau... kalau gi jumpa doctor, time menunggu nombor giliran tu memang lama. Appointment aku pukul 10 pagi. Sampai kat hospital kul 9.30pagi. Ikut timing aku... kalau menunggu 30 minit dari kul 9.30 hingga kul 10.00 pagi tu memang aku redho la.. Tapi diluar jangkaan betul... dekat pukul 12 tghari baru aku bleh jumpa doctor. Walau ramai pesakit selepas aku yang datang untuk appointment, tapi aku jadi orang ketiga terakhir yang balik paling lewat. Semua gara-gara terhilang fail. Fail pesakit yang besar tu boleh hilang?. Missplace la kot. Aku masuk jumpa doctor dengan sekeping kad kuning... macam kad untuk pesakit luar tu...
Hmm... malas nak fikir. Bagi aku, setiap kejadian yang tuhan tetapkan untuk kita tu.... pasti ada hikmah disebaliknya. So, seperti biasa..... aku bawa balik ubat. Ubat wajib.... Tramadol tuk tahan sakit... then dapat ubat baru (dalam kotak)... ubat hormone... untuk tambah kewanitaan.... hahahahaha.....
Sebenarnya aku tak faham sangat kenapa doctor tu bagi kat aku ubat hormon tu. Kalau ikut penerangan doctor tu, kalau aku makan ubat tuuuu.... period akan berhenti. Tapi bila aku baca penerangan dia ubat tu tuk betulkan period je... makan tuk 25 hari then berhenti seminggu kemudian sambung makan semula. So masa berhenti makan tu mmg ada period la. Which one yang betul nih? Anyway... pasrah je lah. Dah doctor bagi suggestion sruh telan, aku telan je la (Trase macam tikus makmal la plak!). Mmm.. jauh dalam hati ada juga rungutan.... macam tak selesai masalah jer.... Coz slagi ada period selagi tu la aku kena telan Tramadol tuh... slagi aku telan Tramadol tu slagi tu la aku hidup dalam ke'blur'an dan ke'mamai'an (imbuhan yang takde dalam kamus dewan nih!)... masalahnya... macam mana aku nak mngajar nanti? Kang tak pasal-pasal ada yang dapat ajaran sesat plak...... Duuuuuuugaan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!
Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...
-
Assalamualaikum..... Waaahhhh... nampaknya dah banyak benda belajar nih!. Kraftangan dah buat, cenderahati pun dah buat... tu semua seni kra...
-
Belajar Bahasa Ketiga Bila dah lama menceburi bidang pengajaran ni, mulalah hati terasa jemu dengan ilmu yang seciput didada ni.Terasa pul...