17 Mei 2014

Belajar Main Seruling

Assalamualaikum..... Waaahhhh... nampaknya dah banyak benda belajar nih!. Kraftangan dah buat, cenderahati pun dah buat... tu semua seni kraf.. Kali ni aku nak ajar seni muzik plak.... Hehehehe... bukan guru muzik pun..... tapi dah  minat kannnnn...
Okeyla... kali ni aku nak ajar cara main seruling buluh (bamboo flute) yang Chinese punya... dorang panggil flute tu sebagai "Dizi". Mmmm.... sebenarnya payah jugak nak ngajar muzik kalau kena taip sebijik-sebijik macam nih. So terpaksa la aku buat video. First video kat bawah ni adalah untuk introduction jer.. macam mana nak prepare flute tu untuk main muzik.

Introduction - Persediaan Seruling Buluh (Dizi)
 
 
 
Kalau dah terer prepare flute... bleh skip video kat atas nih. Kali ni aku nak ajar cara tiup flute untuk lagu melayu..... lagu lamer..... Gurindam Jiwa. Aku guna nombor je... xnak guna  note A,B,C. Sebab nak bagi mudah adik2 yang baru nak belajar tu paham. Hok dah terer tiup flute, dah terer baca note muzik tuuuu....... xyah nak menyibuk sangat lah!. Video tutorial ni aku buat khas untuk mereka yang baru je nak blaja tiup flute. Yang baru first time nak tiup flute.

Belajar Lagu 'Gurindam Jiwa' Cara Paling Mudah



Okey.... then, kalau rasa macam xlarat sangat nak tonton video yang panjang tuh, copy jer gambar kat bawah ni, then gi la dok kat mana2, tepi pantai ke, tepi sawah padi ke, tepi kaki bukit ke (khihihih... mentang2 la tiup seruling) , takpun dok je dalam bilik korang ......praktis sampai jadi terer.


Nota Ringkas 'Gurindam Jiwa'
 

Anyway..... sebelum terlupa, nak mintak maaf banyak2 sebab quality video yang aku post kat atas tu kurang memuaskan. Maklumlaaa.... baru first time upload video dalam blog ni. So, harap korang semua boleh terimalah seadanya ya :)

Lastly, diucapkan selamat belajar muzik dan semoga cepat terer. Chau duluuuuuuu.... Bye..... Assalamu'alaikum.


Note:
Saya dengan rendah diri nak bagitau yang saya ni tak de la pandai sangat main seruling ni. Tiup pun sekadar hobi masa lapang sahaja. Post ini sekadar perkongsian apa yang saya gubah hasil try&error tiup seruling tu. Kalau tanya tentang kelas, memang saya tak buat kelas sebab dengan seciput ilmu yang saya ada ni masih belum layak untuk saya mengajar orang lain secara formal. Minta maaf banyak-banyak.




12 Mei 2014

Hadiah Hari Guru 2014

Dua tiga hari ni dok asyik sibuk dengan persiapan sambutan Hari Guru. Sebenarnya benda ni takde kena mengena pun dengan aku. Walaupun lecterur ngan cikgu tu kerjanya sama... mengajar jer.... tapi xpernah pulak dengar orang buat sambutan Hari Pensyarah. Hehehehe..... Anyway, tu bukan point citer aku hari ni. Cuma beberapa hari lepas, ada sedara mara datang ke rumah. Then, ada la anak buah dua tiga orang tinggal kat rumah sementara mak bapak dorang pegi cari barang kat Bandar Kuantan, akulah yang kena jadi babysitternya.
       Hari tu, si kecik tu dok sibuk meneman aku dalam bilik tengah. Dia suka dok kat dalam tu, sebab ada banyak kaler, pen marker, fibric marker, ada banyak gunting kertas berbagai corak, ada banyak riben, kertas Deco, Kain Lace, manik dan macam2 lagi. Kira bilik tu macam bilik 'production' aku la. Tapi si kecik tu tak berani sentuh, dia berani tengok je. Tapi dalam dok tengok2 tu, sempat lagi si kecik (perempuan, sekolah rendah) tu mengadu kat aku yang dia xde hadiah lagi tuk bagi kat cikgu dia. Mak dia xnak beli. Dia disuruh buat sendiri, supaya jadi lebih bermakna. Dia minta idea dari aku. Alahai...... nasib baiklah ko ade mak sedare hok kreatif.
   Tetiba jer aku terfikir. Aku ada banyak CD lama. Well.... dah tiba masa tuk 'art and design'. Meh sini.... makcik ajar mcm mana nak buat hadiah Hari Guru dengan CD lama. Firstly, gi kutip CD citer lama2 yang dah xnak tengok. Yang calar balar. Kalau ada skali ngan kotak plastik tuh lagi bagus.

Ni dah kira save bajet sangat dah nih! Kalau nak bagi kepada 10 orang cikgu, pilih je mana2 10 keeping CD. Lepas ni, kita akan hias kat bahagian yang ada tajuk citer tu.
Langkah seterusnya, ambik kaler acrylic. Apa2 warna pun xkesah. Tutup semua bahagian tajuk tu dengan kaler acrylic. Jangan guna 'color water', 'magic color' atau crayon plak. Tu semua warna yang mudah luntur. Kaler acrylic ni, dia lebih pekat, cepat kering dan akan jadi keras bila kering. So, bila kaler kat atas CD tu, kaler dia akan tahan lebih lama.

Makcik guna kaler hijau sebab nak guna tema alam flora gituh! Hihihihihi.... Bila dah siap, letak kat tempat panas atau bawah matahari supaya kaler tu cepat kering. Then tulis ucapan kat atas CD tu.

Boleh guna pen marker kaler hitam. Tapi makcik lebih suka guna Liner untuk Glass Deco sebab dakwat dia timbul. Tambahkan sedikit warna terang kat perkataan tuh supaya warnanya jadi lebih menyerlah. Makcik guna warna emas. Ada aura mewah sikit. Khihihihi...

Langkah seterusnya adalah dengan memotong kertas warna, buat bentuk daun dan bunga dan tampal dengan gam UHU kat atas CD tu untuk dijadikan hiasan.


Lastly, letak dalam kotak plastik CD tu supaya mudah untuk dibungkus dengan kertas pembalut hadiah.

Haaaa....... siap!. Oh yaaaa....... Kalau ada ucapan tambahan, boleh la tambah cover kertas kat depan CD tu. Hiasan CD tu boleh je dipelbagaikan. Tapi kat sini, makcik tunjuk cara yang ringkas2 je. Mudah tuk anak buah hiaskan.

Dipendekkan cerita, hari tu, si kecik tu siapkan 6 keping CD sekaligus dengan dibantu oleh makcik dia. Yang paling kena tolong, tu haaaaa..... bab nak tulis ucapan tu. Katanya tulisan dia xberapa cantik. Hummmm.... xpe la.

Owwwhhhhh!... sebelum terlupa. Aku nak maklumkan yang kaler acrylic, pen marker ataupun Glass Deco tu memang dah ada kat rumah. Tapi kalau anda rasa nak beli, boleh gi cari kat kedai buku ataupun kat kedai cenderahati. Kat Kuantan ni, benda2 tu semua aku cari kat kedai buku atas Kuantan Parade. Semua bahan tu x sampai pun RM10 tapi boleh guna untuk tempoh yang lama. Kira berbaloi laaaaaa beli. Tapi, kalau xbeli pun xpe...... Guna apa yang ada kat rumah sudah. Yang penting pemberian tu dibuat dengan ikhlas dan tahan lama diingatan.



Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!

 Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...