Waaahhh.... dah lama tak update kraftangan..
Kali ni nak buat gelang tangan pulak. Tetiba je tergerak hati untuk share cara nak buat rantai tangan. Mudah je, kos pun tak besar. Kalau ada bajet dalam RM5.00 dah boleh buat dah seutas rantai tangan (bergantung jugak pada jenis manik yang nak guna). Kalau nak guna kristal, mahal sikit lah yang bercorak-corak siap nak isi charms lagilah mahal.
Nak buat rantai/gelang ni just perlukan manik dengan benang je. Tak perlu guna playar, tak perlu guna dawai yang pelbagai jenis tuh. Nak sampel?....... okeyyyyy...
So, caranya hanya perlu masukkan manik ke dalam benang tuh mengikut saiz tangan anda. Then silangkan kedua-dua hujung benang tu... di tempat persilangan tuh buat satu ikatan pengunci yang berfungsi untuk selaraskan saiz gelang dan memudahkan pemakaian rantai/gelang tersebut. Macam mana nak buat ikatan pengunci tu? Boleh rujuk cara buat badan pepatung dalam post saya yang lepas. Sebarang tali yang balance tu, gunting then panaskan dengan api (lighter) skit supaya lebih kemas. Haaa... dah boleh pakai. Mudah kannnn.......
P/s: Terasa nak buat bengkel buat gelang manik untuk para pelajar.
Langgan:
Catatan (Atom)
Pelajar dilarang pasang muzik dan menyanyi di dalam kelas saya!
Jangan play muzik! and don't sing! Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang audiophile. Muzik menyebabkan saya hilang fokus. Saya akan f...
-
Assalamualaikum..... Waaahhhh... nampaknya dah banyak benda belajar nih!. Kraftangan dah buat, cenderahati pun dah buat... tu semua seni kra...
-
Belajar Bahasa Ketiga Bila dah lama menceburi bidang pengajaran ni, mulalah hati terasa jemu dengan ilmu yang seciput didada ni.Terasa pul...