14 November 2015

Baiki mesin jahit dengan harga murah

Assalamualaikum.... hari ni nak berkongsi info yang mungkin boleh menyelamatkan duit saku anda. Aku ni tak pandai nak promote barang macam salegirl kat pasaraya tu.. Aku nak citer je... Beberapa hari yang lalu aku baru je gi ambil mesin jahit yang aku baiki kat sebuah kedai ni. Sebenarnya dah dekat setengah tahun aku tunggu dorang call aku tuk aku ambil mesin jahit tu... tapi xde plak... so aku anggap cam mesin tu tak siap lagi. Bila dah dekat cuti-cuti sekolah ni aku mula la terfikir tuk jahit baju baru, jahit langsir baru. Lastly aku call kedai tu tanya dorang pasal mesin jahit aku. Oooo... dah siap rupanya... dalam hati aku merungut sendiri.. kalau dah siap kenapa plak tak call aku suruh ambil.. masa hantar dulu bukan main lagi dorang suruh isi borang bagai... kena isi alamat la... no. telefon la.... untuk apa ntah semua tu.... rosak apa?... benang bawah tak kuar.. tempat isi benang tu macam dah berkarat.. so masa jahit, benang bawah lekat... kos baiki kena RM100.00

Itu baru mukadimah cerita. Semalam pulak aku baru dapat projek baru... kawan husband aku buat bisness baiki mesin jahit. Dia memang mahir baiki mesin jahit. Siap pergi baiki kat rumah lagi. Tak perlu susah payah pergi usung mesin jahit ke kedai. Telefon je... jap lagi dia sampai rumah... baiki mesin jahit On-the-spot jugak. Masa husband aku citer pasal aku gi baiki mesin jahit kat kedai Cina tu, dia bagitau kalau dia yang baiki, kos dia hanya RM50.00 je. Klau masalah lain, lain la plak harga service dia. Macam tak caye..... 50 ringgit jer........ Aku dalam hati terasa kerugian la plak. Tapi takpe... mungkin ada hikmah disebalik kerugian aku tu.

And then dia bagi aku kerja jadi promoter dia... apa lagi... kalau korang ada mesin jahit yang meragam, WA aku kat 017-8670837 beserta dengan alamat rumah. Insyaallah! masalah mesih jahit anda itu akan diselesaikan dengan segera. Anda tak rugi sebab.....

  • Harga service murah dan berpatutan
  • Datang baiki di lokasi anda
  • spare-part / komponen / alatan turut disediakan
  • Tiada penipuan (komponen yang masih boleh digunakan tidak akan diganti baru. Cuma tukar komponen yang betul-betul rosak sahaja)
  • Melayu bumiputera yang berkemahiran tinggi
  • Turut menjual mesin jahit second-hand (jika berminat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan